Latest News
Thursday, April 16, 2015

Cara Menjadi Perempuan Sholihah

Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

Cantik

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya.AKAL mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

Berakhlak Mulia

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah".Sebagai ibu ,terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengobat duka nan lara.Sebagai mujahidah,berdiri di belakang mujahidin.Ciri wanita yang solehah taat kepda Allah SWT.Berbuat baik kepada ibu bapak.Senantiasa taat dan berkhidmat kepada suami denganan sepenuh hati. Menutup dan jaga aurat.

Berpegang pada agama

"Dikawini wanita itu kerena 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"(Hadits)

Dari keturunan yang baik-baik

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki.Namun,wanita yang berasal dari keturnan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman.Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah SWT.

Tidak mempamerkan keseksian

"Wanita yang berpakaian tetapi srbenarnya telanjang untk mencari perhatian lelaki,yang melenggok-lenggokkan tubuhnya,yang kepalanya seperti punuk(bonggol) unta,mereka itu tidak akan masuk syurga"(Hadis Riwayat Muslim)

Tidak terlampau cemburu

"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan,lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya(al-quran dan hadis) serta diajarkan kepada org lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sejuk mata memandang

Bersopan santun,sentiasa memaniskan muka,sentiasa senyum,menutup aurat,ramah,mesra dan menundukkan pandangan.

Pemaaf

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
"Dan ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu dan kepadaNyalah tempat kembali" (Surah at-Taghabun:Ayat 3)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Penyejuk hati yang dikutip dari salah satu pesan muhasabah di Grup Whatsapp
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Cara Menjadi Perempuan Sholihah Rating: 5 Reviewed By: Wawan Listyawan